Terima kasih kerana membelanja saya wahai Encik Yus
Aktiviti wekend hari diteruskan lagi keesokan harinya di Kuala Lumpur. Objektif kali ini adalah mengilang lemak di badan setelah menonton Transformers. It was my first @Chilli's. I don't go to such places kerana rasa tidak berbaloi makan makanan yang too expensive tapi rasanya tidak seberapa. Disebabkan ajakan Encik Yus yang disayangi maka kuturutkan jua (padahal sebab ada orang nak belanja kan). Mari kita review food tersebut dan apa-apa yang berkaitan dengannya:
1) Interior design sangat menarik, comfy. Waiter nampak canggih sebab pakai communication device.
2) Waiter kat situ sangat helpful sebab menerangkan itu dan ini about the food. Muka pun macam memang ikhlas la kasi penerangan tak macam certain tempat yang kadang-kadang tu bermuka kerek lagi menjengkelkan.
3) Air lambat sampai. Tak suka la air lambat sampai ni. Bukan ada ramai orang sangat pun. Sebab saya dengan yakinnya dan pastinya mango juice yang dia kasi tu macam baru tuang dari kotak Peel Fresh. Disebabkan bottomless juice maka boleh refill banyak kali maka dimaafkan lambat sampai.
4) Starter okla. Ada 3 jenis. Buffalo wings rasa agak menikam kalbu. I ate once before tapi tak ingat kat fast food mana, tapi memang itulah rasa yang sepatutnya. Yang rupa lagi satu rasa macam pizza tu macam tak sedap sangat. Macam rasa pizza yang tak cukup bahan perasa. Tapi kalau makan dengan mayo dan sos cili semenggahla sikit rasanya. I like chicken tempura the most. Lazat
5) Saya makan Chicken Portobello. Adala side dish mashed potato dan veggies. Portobello tu adala sejenis mushroom hitam. Perasaan memakannya adalah seperti memakan ada satu jenis algae yang letak dalam lei chi kang. I like my main menu. Mashed potato setaap sangat sebab ada rasa kulit-kulit potato yang tertinggal. So macam mencabar sikit makan. (Ke chef terlupa nak potong kulit? Ish tak kanla kan? Tapi saya dah baca Bismillah dan sampai hari ni Alhamdulillah tak sakit perut lagi sebab makan kulit kentang tersebut )
6) Yus makan lamb grilled apa ke jadah ntah. Sorila, nama banyak tak ingat. Okla, boleh diterima tekak saya yang tak berapa nak makan daging kambing ni. Yus makan habis, so mestila dia rasa sedap. Tapi Yus makan je semua food, sebab chicken portobello saya tu pun dia makan gak. Hehhee
Food kat Chilli's memang dalam big portion. Apa yang kami makan tu macam untuk makan 4 orang. Perut jadi besar dan tak boleh nak cover lagi. Tapi lepas tu shopping dan jalan-jalan mungkin la boleh kurus sikit. Kan Yus kan?
Anyway, this is not my attempt untuk membuat food review seperti chef yang hebat macam kat Asian Food Channel tu. Hanya memberitahu rasa dari rasa lidah seorang Masz. Yus selalu kata saya takde taste, tapi saya rasa asam pedas mak saya lagi sedaaap. Lain kali kita makan kat tempat lain plak ye Yus.
Wahh, triple play!! slalu aku mkn tue je pun cukup dah noi....kau ada main course lg...wah,wah....uh, kalo aku ajk kau mkn situ, sure2 kau xnk erh...nk ada yus gak ko....
aih...yg tgh bulat2 mkn tu la die nk hambik gmbr...yer masz...u sort of mcm xde taste a.k.a byk songeh....but of coz ur mom's assam pedas is great...me having south western lamb grill namenyer
Thu 9-Jul-2009 01:30 Posted by:mr. Y
r-gym: aku makin gomukla r-gym.tulun
iza: asek tak dapat jumpa ko je kalu turun kl. menci tau. rindu sama lu
mr. Y (konon): sila makan kat tempat lain plak ye. hehhee
wahida: sabar-sabar. nanti abeh confinement ko makan banyak-banyak eh.