 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Masz...as she is
 By: masz syafina
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 28-Dec-2007 08:47 |
Email | Share | Bookmark |
|
My Alma Mater
|
|
Copied from Srikandi Sis Zuriani
1. Apakah nama kamu?
Maznorlia Syafina Mazlan.
2. Manakah anda belajar semasa tingkatan 5?
STF, JB.
3. Tahun apakah anda belajar di tingkatan 5?
1999. huih 8 tahun dah tinggalkan sekolah.
4. Ceritakan tentang guru Bahasa Melayu kamu?
Puan Bijan. Dia tak suka makan ayam. Pernah sekali dia nak makan ayam, pastu dia terjumpa satu pelepah bulu ayam dalam makanan dia (seingat aku Puan Bijan cerita macamnila). Sebab tu dia serik.
5. Ceritakan tentang guru Bahasa Inggeris kamu?
Cik Raha yang pernah suruh buat presentation on Science related subject. Group aku buat presentation pasal ectopic pregnancy.
6. Ceritakan tentang guru Pendidikan Islam kamu?
Ustazah Kamariah yang sangat comel. Husband dia ajar Kelas Mengaji Al-Quran tiap-tiap hari Ahad. (Kami memang wajib ikut Kelas Mengaji hari Ahad)
7. Ceritakan tentang guru Matematik kamu?
Cik Salmah. Dia pernah suruh kami buat kotak sebab nak ajar sudut. Masa tu dah macam Kelas Seni dah aku rasa. But it was fun.
8. Ceritakan tentang guru Matematik Tambahan kamu?
Puan Kamisah. Janganla tak buat homework dia. Kalau tak, kena berdiri sampaila homework tu siap. Sebab tu la aku rasa kami pandai multitasking. Sambil berdiri + buat homework + dengar dia ajar bab yang baru.
9. Ceritakan tentang guru seni kamu?
Cikgu Baby (tak ingat sangat nama dia. Ni masa Form 1).Panggil dia Cikgu Baby sebab cara dia cakap comey dan kiyut.
10. Ceritakan tentang guru Sejarah kamu?
Puan Bahayah. Aku selalu tido time subjek ni. Puan Bahayah selalu kejutkan dengan menghempuk-hempukkan buku teks sejarah kat bahu/badan/anggota yang dia boleh capai. Ngeri wooooo.
11. Ceritakan tentang guru ekonomi kamu?
Tak belajar pon.
12. Ceritakan tentang guru EST kamu?
KH amekla. Bertukang menyeronokkan.
13. Ceritakan tentang guru Geografi kamu?
Puan Mastura yang sungguhla garang. Dia amat particular dengan map. Silalah colour map tersebut dengan cantik dan tidak terkeluar border kalau tak nak kena marah.
14. Ceritakan tentang guru Sains kamu?
Cik Rahayu. Dia tak pernah marah. Sangat cantik dan pandai mengajar. Tapi adala sekali dia mengamuk sebab somebody gatal tangan conteng meja kat lab sains ngan liquid paper.Banyak pulak tu.
15. Ceritakan tentang guru Prinsip Akaun kamu?
Aku amek Tasawwur. Nota yang banyak gila kena salin.
16. Anda pernah dimarah semasa perhimpunan?
Ngan prefectla sebab lengan baju kurung disinsingkan. Masa tu aku Form 1. Prefect tu Form 5.
17. Pernah menyanyi lagu sekolah?
Aku suka lagu sekolah. Sebab ada versi BM ngan omputeh.
18. Luaskah sekolah anda?
Luas dan berbukit-bukau. (Sebab bukit ni la aku rasa selalu takde air.Tinggi sgt air nak sampai)
19. Pukul berapakah anda selalu tiba di sekolah?
Memang tido, belajar, makan, solat dlm sekolah. So sepanjang masa ada dalam sekolah.
20. Hari manakah yang anda paling suka?
Hari Khamis, sebab ada formal dinner. Walopun dinner kena pakai sudu garpu seme, tp aku suka sebab meal nya sedaap. (Masa ni la nak tengok ayam terbang)
21. Tandas sekolah anda bersih kah?
Bersihla sebab kena cuci sendiri.
22. Pernah dipukul oleh pengetua sekolah?
Pengetua aku baik.Tak pernah pukul student. Aku suka dia sebut cadet. Pelik tapi sedap didengar telingaku.
23. Anda suka subjek PJK kah?
Sonot sebab boleh main Bola Beracun.
24. Apakah kelas anda semasa tingkatan 5?
5 Jujur.
25. Bersihkah sekolah anda?
Bersih, cantik dan rekabentuk sekolah lama.
26. Tempat manakah yang anda duduk dalam kelas?
Tengah kelas. Dok sebelah Wahida seorang prefect, belakang AM (seorang prefect gak). Ya hidupku dikelilingi prefect. Sila lah jangan break rules!
27. Nombor berapakah kelas anda?
Ada nombor ke?
28. Adakah anda rindu kepada kawan anda dalam kelas?
Gila rindu especially deskmate ku.
29. Apakah perasaan anda sekarang?
Rindu, seronok, sedih. Bercampur-baur...
Hari ni results PMR 2007 keluar dan Sekolah Tun Fatimah berjaya mendapat tempat pertama dalam negeri Johor. You go GIRLS!!!! Tahniah.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|