Want your
own Fotopage?








 
Masz...as she is

By: masz syafina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Aug-2010 04:36 Email | Share | | Bookmark
Cerita Sebelum Ramadhan

Saya kena paksa bawa hantaran
Pengantin lama
Adik saya happy sangat
Family Picture
Bersungguh-sungguh kami lompat
Saya memang sangat bersemangat untuk update FP semalam. Tapi apakan daya, kelajuan internet yang macam malu-malu nak bergerak membantutkan niat murni saya itu. Lagipun hari ini sudah mula berpuasa, jadi mahu guna alasan tak larat nak menaip banyak-banyak takut tenaga habis boleh? Terimalah karangan pendek saya seperti di bawah:

1) Menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu saya di Kuantan. Ini sepupu saya belah ayah. Sepupu kedua yang berkahwin selepas saya. Hari Raya nanti makin meriahlah rumah Tok Putih dan Tok Hitam sebab bertambah-tambah ahli keluarga baru.



2) Teman budak kaki tembam ini bertanding di Sunway Pyramid sambil beri kata-kata semangat. Tok Hitam kata umur baru 7 bulan tapi dah kena masuk pertandingan bola keranjang. Budak kaki tembam a.k.a Luqman berjaya masuk 1 bola. Penyokong sorak bagai nak gila. Bola yang lain tak berjaya masuk bakul sebab masuk mulut dia. Haih geget gak budak ni nanti



3) Keesokan hari ke Majlis Konvokesyen adik perempuan saya di Bukit Kiara. Dah 3 tahun dia grad sebenarnya tapi baru tahun ni Sime Darby buat Majlis Konvokesyen. Kumpul banyak-banyak katanya. Jimat kos. Apala Sime Darby. Saya tak puas hatila. (Eceh, saya plak yang emo)





Sekian, karangan pendek saya.

P/S: Sebenarnya banyak lagi nak cerita, tapi saya kecik hati dengan network yang lembap ini. Lain kali la ye.


Photos were shot with Nikon D5000

Add comment


Tuesday, 8-Jun-2010 03:30 Email | Share | | Bookmark
Mungkin Satu Entry Yang Panjang

Menara Alor Setar
Itulah Zaid. Dia sedang bercakap dengan saya
Pengantin
Area Alor Setar
 
Gemuk
View all 11 photos...
Gebang-gebung Bunyi Kompang

This was a couple of weeks ago. Encik Yus telah membawa saya jalan-jalan pergi Pokok Sena, Kedah to attend his bestfriend's wedding. Jauh sangat. Rasa macam tak sampai-sampai. Saya gigih juga meneman Encik Yus berborak takut dia tertidur, tapi kegigihan tu tak kekal lama. Tahanla dalam 2 ke 3 jam pertama. Tapi pastu, tewas dan tidur juga dengan nyenyaknya. Zaid (kawan Yus yang kawen itu) provide us with homestay kat area Pokok Sena tu jugala. RM200 serumah katanya. Sharing is Caring la dengan family dan beberapa kawan Zaid. Tapi bilik takdela Sharing is Caring dengan orang lain. Hehe. Selesa sebab bilik kami ada air-cond. Tilam empuk. Best. Hoho.

Pagi-pagi lagi saya dah ajak Encik Yus keluar breakfast. Kami makan Nasi Kandar kat tepi sawah. Wah, tepi sawah gitu. Memang sedap delicious yum yum. Tak ingat nama gerai tu. Tapi kalau kita dari arah Pokok Sena nak menghala ke Alor Setar gerai tu sebelah kiri. Sebelah dia ada sawah. Penuh orang jugala gerai dia tu.



Setelah perut kenyang, kami ke Alor Setar. Melawat-lawat Pekan Rabu. Ija (adik saya yang 5 tahun jadi anak Kedah) kata kat Pekan Rabu makanan dia murah-murah. Makan pagi pun sedap-sedap kat situ. Kami jalan-jalan kat Menara Alor Setar juga. Masa tu ada jualan pertanian apa ntah. Plannya nak naik menara tu. Ingatkan free. Tiket untuk dewasa RM6 (seingat sayala). Sebab saya sedikit kedekut jadi kami tak naik.

After Zuhur, kami gerak join rombongan pengantin lelaki. Cuaca kat Kedah panas gila I tell you. Kawasan rumah Muna (the bride) memang banyak pokok. So bila banyak pokok sepatutnya sejuk dan redup. Sepatutnyala. Ingatkan kot la ada lalu angin sepoi-sepoi bahasa tapi angin panas-panas je yang dok lalu-lalang. Sampai basah lencun baju. Berbondong-bondong sirap bandung kami minum. Panas sangat. I blame you GLOBAL WARMING!! Kedah sekarang tengah musim menanam padi. Cantik sungguh. Hijau je. Saujana mata memandang. Seronokla amek gambar pengantin lari-lari kat sawah kan?

Saya Mengidam Lala

This was a week ago. Encik Yus nak makan seafood platter Manhattan Fish Market. Tapi saya nak makan lala. Teringat lala masa kat Langkawi. Owh sedaap. Manhattan Fish Market itu mana ada lala. Jadi, Encik Yus telah mengorbankan keinginannya bagi membahagiakan saya. Wah konon ayat. I lap you my dear. Kami pun pergi la ke Port Klang. (Port Klang meninggalkan sedikit memori kurang enak pada saya sewaktu bekerja sebagai pengcoding sistem. Owh benci! Haiyak.) Kami sedikit kesesatan mencari Muara Ikan Bakar. Menurut kenalan "Ko jalan je terus kat highway sampai hujung Port Klang. Bila sampai flyover belok kanan". Masalahnya kami memang dah sampai hujung Port Klang pun. Area Pulau Indah tu. Kata Encik Yus "Kita dah sampai hujung sangat ni. Tinggal nak naik kapal je pastu terus hantar ke Jepun. Muara Ikan Bakar tak nampak pun."

Encik Yus call another friend. Rupanya patut follow signboard ke North Port dan cari Tanjung Harapan. Okla, we gave another shot. Kalau tak jumpa memang balik KL je la. Perut dah lapar katanya. Memang dah hampir give up masa tu. Elok je sampai kat satu junction besar (junction 4) ni nampak signboard Tanjung Harapan. Wah nasib baik. Alhamdulillah jumpa. Pastu akan lalu satu jambatan, then terus lagi, then belok kanan after nampak signboard Medan Muara Ikan Bakar. (signboard tu memang kecik secoet) Yeay yeay! Sebelum sampai Medan Muara Ikan Bakar tu akan jumpa golf course dulu. Jalan terus sikit pastu nampakla. (Silala Google Map dulu sebelum pergi ye untuk lebih meyakinkan)

Sepanjang jalan tu ada gerai-gerai jual layang-layang & mainan budak-budak. Macam pasar malam versi mini. Medan Ikan Bakar tu memang besar. Kami duduk dekat hujung sekali. Nak feeling makan tepi laut kata. Boleh tengok banyak kapal besar, bot-bot kecil kat situ. Wah memang excited la saya.

Then pegila dekat tempat yang jual binatang-binatang laut tu. Macam-macam la ada. Lala je takde. Hampeh betul. Kami pilih sotong (goreng tepung & masak sambal), udang (goreng tepung & sweet sour) dan siakap kukus. Dia timbang-timbang then kasi resit. Kita pi duduk kat tempat kita semula. Ada waiter pakai attire putih hitam akan datang amek order air, sayur-sayuran or dessert. Kami sampai around pukul 5 petang. Orang pun tak ramai lagi. Elok je air sampai dah ramai orang datang. Berpusu-pusu gitu. Seb baik awal sikit kalu tak meranala nak tunggu food siap. Kat situ dia hidang kacang goreng (buat kunyah-kunyah sambil tunggu food sampai). Ada dua jenis pencicah (dips) dia kasi. Satu sambal macam sambal nasi lemak satu lagi cicah asam. Dua-dua sedap. Haiyo memang terangkat.

Bila food sampai memang penuh satu meja. Macam makan 5 orang. Malu dengan couple meja sebelah yang makan bersopan itu. Kami makan tak berpada-pada. Maaflah. Haha. Semua makanan dia sedap. Suka. Dari segi price tak taula nak cakap mahal ke tak. Selambak-lambak yang kami makan tu harga puluh-puluh lagi la. Takla sampai ratus. Boleh bayar guna cash atau credit card. Kalau guna credit card charge 3% untuk transaction.



Seronokla makan kat sini. Food sedap. View cantik. Tempat tak busuk. Kalau makan ramai-ramai dengan family atau kawan-kawan mesti lagi siyok.

Memang ini satu entry yang panjang, bukan mungkin lagi. Enjoy the pics ye. Sikit je gambar. Bila Encik Yus email yang lain saya akan tampal lagi.

** Updated on June 16th **

Encik Yus telah ke reception Muna & Zaid di Putrajaya last Friday.
Klik di sini for a lil' peek of the event ye.

Photos were shot with Nikon D5000


nonoy....kau mesti da brape kali turun naik KL kannnnn...bile mau bertemu niiiiii..... Tue 15-Jun-2010 02:20
Posted by:Iza  - [Link]
marilah iza kita ketemu. aku mcm rindu ko dan Tengah dan yang lain. sebelum Tengah kawen, marila kita berparty2 bersama-sama (astaga) ataupun karoke seround dua Tue 15-Jun-2010 03:20
Posted by:noy  - [Link]
uwaaaa...nanti sume da kawennnn...aku pun nak kawennn la macam niiii...nanti kau da ada baby...pastu macam yat da...dok umah jaga baby....erh..hahaha....

bagitau laa bile kau turun...nanti bole bepoya-poya...yus tu tolak jejauh...gurlsss only..
Tue 15-Jun-2010 08:32
Posted by:Iza  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 28-Apr-2010 08:24 Email | Share | | Bookmark
Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant

Weekend @ the Curve. After watching Date Night. Perut berkeroncong. Nampak Bubba Gump Shrimp. Kelihatan menarik. Orang pun tak ramai. Jom masuk.





The food was ok. At least mine was. Encik Yus's Sirloin Steak was a bit too chewy for me to handle and not juicy enough too. Saya sungguh tidak suka. Full stop I heard him ordered shrimp skew or something like that. If I had known rupa menu tersebut adalah 6 ekor udang bersaiz comey dicucuk macam satey yang dihidangkan bersama a slice of lemon, sumpah akan daku halang Encik Yus from ordering that food dengan segala kudrat yang ada because the price for it adalah tidak berbaloi-baloi. The drinks were ok especially the one yang Encik Yus order - Mango Sparkler. Sedap sampai air sendiri tak luak. Mine was Speckled Lemonade with Blueberry. The desserts here nampak menarik but we didn't order any sebab adalah se'eh dan membuncit terdiam. Hehehe. Interior design agak menarik and cozy too. Cuma memang dia asek tayang Forrest Gump la. Do Google and you will know why. Walaupun kami makan sampai se'eh dan membuncit terdiam, Encik Yus telah dengan gigihnya masak Ayam Masak Lemak Cili Api when we headed back home. Lagi sedap. Kalau Forrest Gump makan, gerenti leleh air mata. Eheh



Photos were shot with Sony Ericsson K810i

Add comment


Wednesday, 21-Apr-2010 01:53 Email | Share | | Bookmark
Hujan Rintik-rintik




The weather had been scorching hot these past few months. Resulting me drinking ice cold water as early as 8 o'clock in the morning.

Fortunately today, I think it's going to rain anytime sooner. Aghhh, sedapnya. Windy, sejuk, sambil layan Shin Seung Hun's Fool For Love.

I think I miss Encik Yus lah (hmmm, pulok)


Photos were shot with Nikon D5000

Add comment


Thursday, 1-Apr-2010 04:54 Email | Share | | Bookmark
Screwed





Aku tak pernah kacau hidup ko.
Kenapa ko kacau hidup aku?

Aku tak pernah kacau anak buah ko.
Kenapa ko kacau anak buah aku?

Aku bahagia dengan kawan-kawan aku kat ofis.
Aku bahagia dengan anak-anak buah aku kat ofis.
Memang perlu ke ko buat apa yang ko dah buat tu?
Memang ada yang nak kena harini.




Pic above telah dilukis dengan jayanya menggunakan Paint

why? why? Sabar k? Thu 1-Apr-2010 08:05
Posted by:wahida
sometimes shit happen. bencila. tp dah cool down a bit skang Sat 3-Apr-2010 02:42
Posted by:masz
Add comment


Monday, 22-Mar-2010 07:29 Email | Share | | Bookmark
A Year Older, A Year Wiser



Roommate saya sudah tua . Dia sudah berumur 28 tahun pada 19 Mac yang lepas. Di kesempatan ini saya ingin mengewish roommate saya Selamat Hari Lahir. Saya berharap semua impiannya akan tercapai. Saya juga mendoakan agar hati roommate saya akan sokmonya berbunga-bunga keriangan, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik (roommate saya selalu sakit perut, wahai roommate, saya akan berusaha memasak makanan yang berkhasiat dengan kadar yang kerap). Saya juga berharap agar roommate saya semakin terer dalam melakukan hobi barunya itu. Saya juga berharap agar saya dapat menyambut Hari Lahir roommate saya bersama-sama setiap tahun sampai bila-bila. Amiin.




Delicious Sexy Lingerie Cupcake bought for Encik Yus by Madame Cupcakes

Photos were shot with Nikon Coolpix S5

hamboi, hamboi...sexy lingerie yeee...awww...hahahaha Fri 4-Jun-2010 01:33
Posted by:Iza  - [Link]
iza, sexy mexy baru la beh. kih kih Mon 7-Jun-2010 05:54
Posted by:masz  - [Link]
Add comment


Monday, 15-Mar-2010 02:15 Email | Share | | Bookmark
Minum Petang

Free refill
Reasonable price
Politik Ta' Main katanya
View all 7 photos...


Di suatu petang yang panas, bersama Encik Yus menikmati cendol di Negeri Sembilan.


Photos by Encik Yus using Nikon D5000

oo ini kedai yg leh tambah cendol nye kan Mon 15-Mar-2010 05:36
Posted by:munies
yup, boleh tambah dan makan sampai kembung perut. hehehe. Mon 15-Mar-2010 06:31
Posted by:masz  - [Link]
Add comment


Monday, 8-Mar-2010 07:47 Email | Share | | Bookmark
Tying The Knot

Sudah 2 bulan saya bergelar isteri. Alhamdulillah. Maknanya dah 2 bulan there was no single entry about my own wedding. Hehehe. Memandangkan my last entry terus jump pergi honeymoon, so I do the justice to story mory the actual day itself.

The Beginning
Part sesi berkenalan ni biarlah saya tahu sendiri. Takdela sangat macam drama swasta bagai. Takdela plak kekangan keluarga ke, Romeo Juliet ke. Simple and sweet and normal. Senang cerita, cukup membahagiakan saya. Macam yang dilagu-lagukan Puan Barbra Streisand "It started over coffee, we started out as friends, It's funny how from simple things, the best things begin..." (with the coffee removed. eceh gitu pulok.).

The Proposal
Encik Yus did the proposal when he took my family for dinner in KL (masa ni saya ada di Pahang, so I was not in the picture) after a few months kami berkawan. Kiranya he proposed ME without me knowing about it. (Adakah bermakna dia propose family saya dulu? Lebih kurang macam tu la). Well, tak lama pastu of course la I knew about it and said YES.

The Engagement
Asalnya, saya tak nak bertunang. Kononnya nak kahwin terusla. (Bukanla tak sabar sangat nak kahwin, tapi nak jimat duit. Eheh) Tapi dek amukan Puan Claudia a.k.a Mak yang sangat mementingkan adat jadi we decided to get engage on December 27th 2008 after just a week of preparation.

Sepanjang-panjang bertunang memang banyak kali dah decide the wedding date. Bulan 9 la, bulan 12 la. Seriously, memang banyak plan tarikh. After being engaged for nearly a year, we decided to tie the knot for good. Tarikh dah dapat, came the Preparation.

The Preparation
Orang kata, kerja kahwin bukan senang. Banyak nak kena plan, a lot of decisions to be made. Caterer, mak andam, hantaran, fotografer, borang nikah, test HIV. Uih memang banyakla. Tu tak masuk lagi door gift, accomodation untuk pihak lelaki, Tok Imam lagi. (Rasanya tak tercerita dah kat sini) Saya dan Encik Yus jenis tak dengar kata. Dari awal soh plan, degil buat tak tau je. Lagi 2 bulan to the actual date, barulah sibuk. Time ni memang dah busy tahap dewa. Kelam-kabutnya lagi toksah cakapla. Pengapit pengantin lagila, lagi seminggu nak majlis baru tau jadi pengapit. Kelam-kabutla pengapit cari baju (Ampun ye Tengah, aku tak sengaja. Heh) Berkat pertolongan our family and friends (Iza, Wetex, Waja, Tengah - aku terharu gila korang sanggup datang.Thanks a lot) Alhamdulillah we managed to pull it off.

The Day
The solemnisation was supposed to be on January the 10th, tapi last minute plan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, tarikh diawalkan to the day before. Kami selamat diijabkabulkan pada 9hb Januari. (Yippe!!!! Huhu happy tu).

The Reception
Esoknya barulah Majlis Bersanding kami. To tell you the truth I like every single thing about my wedding despite preparation yang kelam kelibut tersebut. I like the cake, I like the make up, I like the food, the weather yang memang panas kenduri. Every single thing seems to be so perfect. Walaupun mungkin tak gah di mata orang lain, tapi cukupla gah di mata saya dan keluarga. Terima kasih sangat-sangat pada semua yang dapat datang. Terima kasih juga for all the wishes we received. Mana yang kasi hadiah pun sama. Terima kasih banyak-banyak. (Periuk belanga, pinggan mangkuk semua dah selamat digunakan. Hehhe.) Semua sangat-sangat membantu kami dalam memulakan hidup baru.

Saya berdoa agar perkahwinan ni berkekalan, dirahmati olehNya walaupun sekarang kami terpaksa duduk jauh dek tuntutan kerja. Kesian gak Encik Yus, makan pakai terpaksa urus secara solo lagi. Weekend je la baru boleh jumpa. Susah gak PJJ ni yek. Aduyai. Harapnya ada peluang dan rezeki yang lebih baik untuk kami nanti. Doa-doakan ye.

By the way, entry ni sebenarnya mainly because dapat tau gambar kahwin dah siap. Hehhe. Boleh tengok gambar kahwin kami di sini. Thanks a lot Abang Farooq dan Ayda (both were the photographer) for capturing the moment. Sesungguhnya saya sangat suka

masz, congrates yeah! awak nampak sungguh wanita. semoga bahagia sampai lama mana yang awak doa..hehe..cepat2 beranak supaya en.yus ada kawan nak temankan dia..haha Fri 19-Mar-2010 06:00
Posted by:kak ajai
thanks kak ajai. amiin Mon 22-Mar-2010 00:22
Posted by:masz
congrate masz..aku doa dr kejauhan...amin.. Tue 23-Mar-2010 05:25
Posted by:AJIEM
View all 4 comments Add comment


Thursday, 21-Jan-2010 04:31 Email | Share | | Bookmark
The Holiday

My first flight with Encik Suami
 
 
View all 45 photos...
Date : January 14th - January 16th 2010
Venue : Langkawi Island
Event : Honeymooning



Photos were shot with Nikon D5000 & Coolpix S5

wah masz...bahagianye...
gembira tgk ko...bahagia selamanye ye....
Thu 4-Mar-2010 08:21
Posted by:ajiem
wah masz...bahagianye...
gembira tgk ko...bahagia selamanye ye....
Thu 4-Mar-2010 08:21
Posted by:ajiem
thanks r-gym n munies Thu 4-Mar-2010 23:48
Posted by:masz  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Thursday, 19-Nov-2009 08:30 Email | Share | | Bookmark
Air Batu Campur

My feeling today:

1) Saya marah sungguh driver yang tak reti nak on lampu kereta di kala hujan lebat dan keadaan gelap-gelita. Macam pagi tadi, dahla hujan lebat, gelap macam malam, pastu tak on lampu. Did you expect people to see your car moving tengah jalan tu? Kereta dahla warna gelap. On je la lampu tu, so kita pun bolehla tengok your car from side-mirror nak memotong ke apa ke? Kalu tercium bontot kereta kan tak ke naya? Ada hati lagi nak hon-hon orang ye? Haiyo. Geram betul. Marah ni marah!!

2) Saya tak sabar nak jumpa Encik Yus saya wekend ini. We are planning to jalan-jalan bersama-sama Mak dan Abah untuk menyetelkan a few important things. Can't wait. Hehe. Oh, ini perasaan sungguh happy.

3) Tapi orang no 1 di pejabat masih belum approve cuti tersebut. Wah, risau ni kalau tak dapat approval. Last resort, terpaksa mengadap nak dapatkan approval. Berdebar la plak nak mengadap bagai. I'll keep my finger crossed. Kalau tak sedihla tak dapat cuti dan berjumpa Encik Yus itu. Rasanya macam dah setahun tak jumpa. (over sungguh setahun tak jumpa)

4) Adakah lapar itu feeling? Kira halal la tu. Hujan-hujan ni memang la perut mengkeriak-keriut. Kalau dapat makan ubi rebus cicah sambal ikan bilis, minum air kopi panas. Wah, betul-betul holiaw! Boleh bikin happy lagi siyok.

5) Perlu ke mengata-ngata orang yang belum berkahwin sambil buat statement "Eh, dia tu memang tak nak kawen ke?" Like hello!!! Kecik hati tau dengar. Manala tau kot takde jodoh lagi ke, takde rezeki lagi ke, tengah kumpul duit nak kawen ke, tengah buat preparation nak kawen tapi tak nak bagitau orang lagi ke. Kadang-kadang kita tak tahu reason kenapa somebody itu belum lagi settel down jadi tak perlu buat speculation dan buat that kind of statement. Nanti dah nak kawen, tahulah dia nak kasi kad. Kasi tepek sikit kat dahi pencelupar-pencelupar tersebut. Ha amek ngko!!! Perasaan ini bukan marah tapi lebih kepada menyampah.

6) Ada kecurian kereta berlaku di KOMTUR semalam. My staff yang jadi mangsa. Sian dia. Kurang ajar betul pencuri tu. I heard the news this morning. So berlari-larila dalam hujan nak lock stereng. Risau sebenarnya. Bukan risau sebab pencuri, tapi risau tak boleh unlock stereng. I had encounter such incident before. Berpeluh-peluh try nak unlock it. Hence, berjanji pada diri sendiri tak gatal tangan lock stereng until today. Durjana punya pencuri kereta. Kenala berhempas-pulas nak unlock sikit lagi ni.

Okla, I end this entry dengan gambar McD. Menggiurkanla. Hujan, lapar, McD. You do the maths la. Mungkin ini dinner for tonight. Hehe (Takyah la berangan, gaji pun lambat lagi dapat. Makan je la nasi yang Chik Zura masak tu Masz)




Pic taken from McDonald's website

babe! finally...waiting for ages! Fri 20-Nov-2009 05:23
Posted by:unnamed
aku x letak name td ek?dh jd unnamed...it's me azita.. Fri 20-Nov-2009 05:25
Posted by:zitahady :-)
masz...lame aku tak bukak page ko nih...sekang dh tak block dh blog dan ame waktu dengannye...huhuhu...bile nk kawen nti jgn lupa ajak aku ye... windu sgt aku sama kamu.... Fri 4-Dec-2009 07:48
Posted by:AJIEM
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com